Thursday 12 July 2012

Tanda-Tanda Kematian Bagi Orang Muslim ( '___' )


Sebagai Manusia Biasa,sesungguhnya MATI ITU PASTI ..... tidak kira kecil besar tua muda , pasti tak terlepas dari Mati....

Sebagai Umat Islam,kita digalakkan untuk mengingati mati,bahkan berdasarkan hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah b. Abbas r.a telah bersabda :

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."  


70 kali sehari babe , tapi adakah kita juga mengingati mati seperti mana Malaikat Maut menjenguk kita pada setiap hari ???


Sempena dengan tajuk entry aku kali ni,di sini aku berbesar hati untuk share beberapa tanda-tanda kematian yang diberikan kepada HambaNya yang dikehendakiNya.... : : :



100 Hari Sebelum Kematian : : :

Tanda ini berlaku sesudah Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil.


Contohnya : 
Diibaratkan seperti daging lembu yang disembelih kalau kita perhatikan lembu itu seakan-akan bergetar..


40 Hari Sebelum kematian : : :


Tanda ini juga berlaku sesudah Asar
Pusat kita akan berdenyut-denyut


#Pada ketika ini,daun yang tertulis nama kita akan gugur dari Arasy Allah S.W.T,
#Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula mengikuti kita sepanjang masa sebagai persediaan ke atas kita.
#Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu,dan jika ianya disedari oleh kita,kita akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 Hari Sebelum Kematian : : :

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan 
orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Sebelum Kematian : : :

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 
#Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Ketika itu juga : : :
#Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi 
#Hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. 
#Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam
#Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Sebelum Kematian : : :

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana 
Merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir Kematian : : :

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.

#Semoga kita dapat menyedari tanda-tanda kematian tersebut dan membuat persiapan bagi menempuhi alam Kubur pula# 

(  ; O ; )

: : : : : Sesungguhnya mengingati mati itu sunat dan mati itu pasti : : : : :









1 comment:

  1. MasyaAllah... Tkutnya bila membaca hari kematian ni.. kadang2 rasa tak sedia pun ada.. namun, org yg mengingati mati itu adalah org yang cerdik.. terima kasih for sharing

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...