Thursday 26 July 2012

Undang-II Pelik Seluruh Dunia ( ""."" )


Law Is Law
Terdapat pelbagai negara di Dunia ini,malah setiap Negara mewakili adat dan resam masing-II termasuklah Malaysia....
Tapi so far undang-undang di Malaysia masih boleh dianggap relevan lagi laa kan.....
Tapi bagaimana pula negara lain ???
Jom tengok undang-II yang susah nak diterima pakai di negara lain : : :

Undang-Undang melibatkan manusia :
1.Anda tidak dibenarkan mati di Houses of Parliament, London
Do Not Die Here
<!!!!!!>
2. Mengepam tandas selepas pukul 10 pm untuk orang yang tinggal di sebuah apartmen adalah 
     salah di sisi undang-undang di Switzerland
Penat nok asyik kena pam jer >__<
3. Di United Kingdom, wanita hamil boleh membuang air kecil dimana-mana dia mahu, termasuk jika diminta, dalam topi seorang anggota polis
I rase nak terkincit ler ......
4. Di Alabama, ia adalah salah di sisi undang-undang bagi pemandu menutup mata semasa memandu kenderaan
Nak merasa Final Destination try ler tutup mata  masa memandu >)(<
5. Wanita di Vermont, Amerika Syarikat mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada suami mereka untuk memakai gigi palsu
Isteri durhaka tau pakai gigi palsu tanpa
ijin suami kikiki
6. Seorang doktor lelaki di Bahrain hanya boleh memeriksa kemaluan seorang wanita dalam pantulan cermin
Cek dari doktor je yer....
7. Ia adalah haram untuk mendapatkan akses internet di Burma
U can get the PC
But No Internet in Burma
Never !

8. Gula-gula getah adalah salah di sisi undang-undang di Singapura
Jangan meniaga chewing gum di sana

9. Di Scotland, jika seseorang mengetuk pintu anda dan memerlukan penggunaan tandas, anda perlu membenarkan mereka.
Open the door
or
I could sue you !
10. Wanita tunggal tidak boleh Parachute pada hari Ahad di Florida.
Closed 4 women on Sunday
Please come again on Monday
( P . E . A . C . E )
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Undang-undang melibatkan haiwan:
1. Di Alabama, perlawanan gusti beruang adalah dilarang.
Sapa Gaduh ???
Kitorang Dancing ler
2. Di Alaska, rusa Amerika utara tidak dibenarkan dilihat dari kapal terbang.
Nak tengok depan2 r tengok dr kapal terbang apa barang .....
3. Di Connecticut, ia adalah menyalahi undang-undang untuk mendidik anjing.
HaHa Mcm-II I kena halang tau >_<
4. Di Arkansas, anjing tidak boleh menyalak selepas 6 PM.
5. Di Arizona, keldai tidak boleh tidur di dalam tab mandi.
Kesah plak I x dapat tido kat tab mandi ?
6. Di Michigan, ia adalah haram untuk membiarkan babi anda bersiar-siar melainkan jika ia mempunyai cincin di dalam hidung.
Haram nok tak kira nak buat ape pun
: : : Untuk org Islam laa haram : : :

7. Di Maryland, ia adalah haram untuk membawa singa menonton filem.
Tak dapat aku nak tengok wayang
dengan Lisa Surihani *sigh*
8. Di Florida, mengadakan hubungan seksual dengan landak adalah haram.
U wanna Do What !!!!
9. Di Oklahoma, orang-orang yang membuat ‘wajah hodoh “pada anjing boleh dikenakan denda dan / atau dipenjara.
10. Skunk tidak dibenarkan dibawa masuk ke Tennessee.
No skunk at Tennessee ??

Tuesday 24 July 2012

Fakta Sebenar Lelaki & Memasak ~.~


Ramai Perempuan suka lelaki yang pandai masak
...termasuk lah aku hehehe....


FAKTA SEBENAR LELAKI BILA MEMASAK

99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

                                             



Antara sebab sebab lelaki memasak:

• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Monday 16 July 2012

Perkara Yang Kita Perlu Ingat Sewaktu Bersolat ^____^


SOLAT adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti


Jika Solat seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. 


Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya.

Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat adalah:

• Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : 


“Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudahditentukan." 
(Surah an-Nisa, ayat 103). 


Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. 


Rasulullah bersabda: 


"Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." 
(Hadis riwayat Muslim).

• Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. 


Sabda Rasulullah bermaksud: 


"Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." 
(Hadis riwayat Ibnu Majah). 


Allah berfirman, maksudnya: 
"Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 43). 


Rasulullah bersabda: 
"Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." 
(Muttafaq Alaih).

• Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. 


Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. 


Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

• Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
• Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal. 


Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. 


Rasulullah bersabda: 


"Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." 
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

• Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

• Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.


Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: 


"Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." 
(Hadis riwayat Muslim).


"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan.''
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

• Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

• Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. 


Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solatwanita. Beliau menjawab: 


"Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

• Melintas di depan orang yang sedang solat.


Rasulullah bersabda: 


"Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentuberhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." 
(Hadisriwayat al-Bukhari dan Muslim).

• Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

• Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujudatau lainnya. 


Rasulullah bersabda: 


"Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" 
(Hadis riwayat Abu Daud).

• Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang. 


Allah berfirman, maksudnya: 


"Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

• Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan 


seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. 


Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

• Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 


"Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

• Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.


Nabi Muhammad saw bersabda: 


"Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."
(Muttafaq Alaih)

Lempeng By Hubby ^____^

Hari Jumaat 

Balik je kerja Mr Hubby mengidam pulak nak makan Lempeng kan.....
Soo nak xnak sebagai isteri yang baik lagi comel ni merealisasikan laa impian beliau yang senang nak mampuih...


Bahan-Bahan : : :

  • Tepung Gandum
  • Air
  • Garam
  • Telur 2 biji



Cara-Cara : : :

  • Gaul semua bahan di atas hingga menjadi 1 adunan yang sesuai dibuat lempeng panaskan aje atas kuali Non-Stick korang tu...
  • Cicah dengan susu atau sambal atau gula atau what so ever yang korang suka .....



Kalau korang perhatikan tajuk entry ni Lempeng By Hubby kan


Tapi sebenarnye Saya yg buat cuma oleh disebabkan tiada penutupan aurat berlaku sewaktu aku masak ni,


Soo aku kasi chance kat Mr Hubby untuk berposing #____# 


Adunan tu jadi mcm ni
Masak atas kuali

Dah siap


Sementara tu...jomla kita saksikan My Mr Hubby Berposing kan.....T_____T


Penuh Penghayatan Disitu

Dah masak sebelah terbalikkan 

Tadaaaa

Kalau lempeng aku buat ni lempeng kosong tahap kemalasan SUPER POWER , 

Tapi kalau korang ade sedikit kreatif boleh laa taruk kelapa ke,pisang ke,ape2 jer yang korang rase logik dek akal ^___^

Weekend - Strawberry Park

Last weekend...
Sedang duduk bersahaja di rumah Mak n Abah , Mak aku secara tetibe meluahkan perasaan untuk pergi ke Strawberry Park,memandangkan hasrat tu terbantut pabila terpaksa pergi ke Putrajaya minggu sebelum tu kan....

Jadi aku n Hubby tidak mengambil masa yang sama untuk membuat keputusan ,
terus je aku cakap "Cepat la siap-siap kita gi sekarang"


Petang tu kitorg 5 beranak pergi laa mendaki kaki Bukit...bawah sikit dari Genting Highlands tepat pukul 6.30 petang kitorang pun sampai....


Sampai-sampai jer WAJIB Posing ^__^


Sebenarnye masa gi sane tu kereta kitorg keadaan tayar sangat memudaratkan...byk koyak kot tayar tue...

Soo bila sampai sana Abah da sound cepat2 petik strawberry sume nak balik cepat...

Sabar jer laa baru sampai kot Abah....

Abah yang sentiasa nak balik cepat
*______*
Kerana Mereka Saya Di Sini
Cinta Yang Tak Pernah Mati
>_______<

Suami : : : Hubby
^_________^

Doakan Kami Hingga Ke Syurga

Tuan Punya Blog
Sister : : : Zatie

Capture From The Back
(Sila abaikan yg berbaju hijau)
#________#
Suka Gambar-Gambar Ni
)______(

Cendawan Yang Segar2 tp ni jer cendawan yang tinggal

Kobis : : : Salad
~________~

Lain-lain yang ada

Kaktus : : : Murah-Murah

So bagi korang yang suka tempat yang sejuk + ada sayur2 segar + buah strawberry + murah2 + boleh petik sendiri maka ini lah tempat yang sesuai hokehhh

^_____________^


Friday 13 July 2012

5 Perkara Dibuat Waktu Bosan ^_^

Kadang-2 kita akan merasakan terlalu bosan sehingga X tau ape nak buat-

Xpecially bila ianya adalah hari WEEKEND dan kita tak ada duit untuk keluar jalan-2 kannn.......

Tapi Mungkin kita X tau sebenarnye terdapat banyak perkara yang boleh dibuat pada hari-2 weekend ni selain daripada TIDO jer Semedang kann....

: : :Perkara Pertama : : :
Hobi kadang-2 dapat menguji keupayaan kita untuk
membuat sesuatu itu dengan lebih baik dan baik

Mulakan Hobi baru. : : :

Mula berfikir untuk memiliki hobi baru seperti sesuatu yang kreatif dan mencabar diri korang di waktu lapang.

Maklumlah,dengan kehidupan yang semakin sibuk, minat untuk berhobi mula hilang.

Namun,hobi kreatif boleh membenarkan korang untuk meneroka idea-idea kreatif korang yang tak dapat buat di tempat kerja.

Contohnya : : : korang boleh start belajar membuat kek,cupcake,menjahit manik,membuat kraftangan

: : :Perkara Kedua : : :
Membaca la selagi mampu..
Blogwalking pon bolee


Tanam Minat Membaca : : :

Korang mesty pernah mendengar sesuatu yang bernama MPH BookStore,Kinokuniya,Popular Bookstore,atau pun mana-2 stall tepi-2 jalan yang ada jual buku kan ??? kan ???

Sewaktu korang baru dapat gaji atau pun ade duit TAPI xde masa , jangan merasa Rugi yer untuk membeli Novel ke,majalah ke,komik ke,buku-2 ilmiah.

Supaya nanty bila tiba weekend-2 tak berduit ni , korang dapat mengisi masa tersebut dengan buku-2 yang korang dah berkurun beli tapi tak bace tu kan kan .....

Sesungguhnya bila korang membaca korang akan menjadi Kurang Bodoh dan Semakin Pandai ^____^

: : : Perkara Ketiga : : :


Xpayah gi Club bagai...
Menari kat rumah sudah ^_^
Belajar Menari Dan Aerobik  : : :


Senang dan menyegarkan . Buat apa membazir bayar duit untuk menari ??

Selain dari dapat mencergaskan badan dan minda korang yang berkecamuk tu kan...korang akan rasa bangga dan gumbira ria bila korang berjaya mengikuti step-2 tarian tersebut.

Caranya bukan susah pun , korang gi kat Youtube , search la aerobik ke,dancing step ker,pastu download mkalau X pun,pergi beli DVD khas untuk aerobik.

Pasang la kat bilik ke,ruang tamu ke,korang bebas samaada untuk buat berkeseorangan ataupun berjemaah dengan kengkawan atau family....Xde la korang Segan nak terkinja-kinja kan...

: : :Perkara Keempat : : :


Tengok Movie..
Hubungan kekeluargaan pun semakin erat ^_^
 Marathon Movie : : :


Tengok Movie selalu dapat me-realease-kan Minda kita kan ???

Nak tengok wayang memang laa syok,tapi ini ialah Weekend yang tidak berduit yer *_* , nak beli AstroFirst pon xmampuu >__<

Zaman sekarang memang da banyak website untuk mendownload Movie,lagu n what so ever kan...ape kate korang download 4 jenis movie,seram,cinta,lawak dan cartoon...variasikan hidup anda ^___^

Soo ape lagi,marathon Movie laa, X reti-2 ???

: : : Perkara Kelima : : :


Kalau bilik anda seperti ini..
Maka tukarkannya menjadi
Seperti
: : :
Hias Semula Kedudukan Bilik : : :

Sekali sekala kalau kita berbakti pada bilik kita Xsalahkan....memandangkan bilik kita adalah tempat untuk segala-galanya Xpecially bila korang tu bujang n bilik sendiri-sendiri...

So kalau asyik Katil menghadap ke tingkap jer dari kecik sampai laa da ke alam remaja pon bosan gak kan?? Ke korang X bosan ??

Soo bila mak abah korang tengok korang kemas bilik korang yang ala-ala hidup segan mati X mahu tu kan....Sejuk perut mak korang n Sejuk Hati Abah korang tau...Siyes....

Ntah-2 nanty bila korang dah kemas-2 mak korang masak sedap-2 atau abah korang bawak g jenjalan ke kan...mane laa tau.....^___^

Tadaaa *____*


: : : HAVE A GREAT WEEKEND ^___^ : : :
Peace <__>
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...