Friday 15 June 2012

Pembacaan Yang Baik ^_________^

Membaca Jambatan Ilmu

Siapa kat sini suka membaca?????
Tak kira laa apa jenis bacaan pun,tapi kalau hobi korang membaca...korang memang bagus..HAHA
Aku sejujurnya tak ada la suka sangat2 membaca tapi ikut bahan bacaan jugak laa....

So far,aku memang admire giler dengan komik UJANG laa kan...
Every month dia publish 2 kali....1hb dengan 15hb.....
Mr.Hubby laa yang tolong belikan sebab dia lak ketagihan komik KREKO dia tue....

Soo everyday nak tido aku n Mr.Hubby akan baca komik masing2....
Tapi biasanya aku laa yang lagi cepat habis baca komik berbanding Mr.Hubby aku sebab Ujang xsetebal Kreko...

Tapi lately aku terasa teringin pulak nak baca bacaan yang berunsurkan Motivasi,Keagamaan dan Ketuhanan....sebab sebagai manusia biasa,kita memang perlukan sesuatu untuk memotivasikan diri ni,untuk muhasabah diri kita ni jugak...

Soo last few week aku gi rumah Opah aku,then Mak Yang aku which is my mother twin hokehh dia cerita la dia baru balik dari Pesta Buku soo dia show off buku2 yang dia beli....yang kebanyakannya adalah buku motivasi dan keagamaan yang bagi aku SANGAT BAGUS untuk aku pinjam,hehe...

Soo sekarang aku sedang membaca buku yang bertajuk TUHAN SEDANG MENGUJI KITA karya Ustaz Kazim Elias (Ustaz febret aku tue) yang aku pinjam dari makcik aku....banyak sebenarnya pengajaran yang aku peroleh dari baca buku ini,mungkin ia tidak mampu mengubah aku menjadi seperti mereka yang ilmu agamanya jauh lebih handal dari aku,tapi sekurang-kurangnya aku dapat sedikit iktibar melaluinya....

Aku berazam untuk berusaha membeli sekurang2nya 1 buku kerohanian dalam masa 2 bulan buat bahan bacaan aku,dan insyaAllah,mana la tau,ia mampu membuat diri ini lebih baik dari sebelumnya?Ameennnn.....
Buku xleh tinggal
koleksi Mr.Hubby
Baca kat office time senang lenang ^_^





Bercinta dengan HAK orang ????

Cinta bersegi-segi

Ermm rasenye dulu laa aku selalu melihat situasi bercinta dengan suami org nie dekat drama2 ataupun paper jer....n aku xpernah lagi tengok perkara ni LIVE depan mata aku kan.....

Tapi semakin aku menginjak dewasa nie,aku semakin mengenali spesis2 yang bercita dengan HAK orang nie....xkira laa bercinta dengan SUAMI atau pun ISTERI orang...sama jer dorang nie...TAK MALU.....

Aku pernah jugak kenal dengan pasangan nie,loving couple laa sangat (Tangan Dibahu Mata Keatas ) , tapi rupa-rupanya masing2 isteri n suami orang ada anak lak tu masing2.....bila ditanya sang Suami orang ni kenapa berskandal,katanya lelaki boleh kahwin Empat....bila tanya sang isteri orang ni pulak,dia kata suami dia pun xlayan dia dengan baik?????TERPANA aku sekejap *__________*

Dalam hati aku terfikir,takkan tidak ada walau sekelumit pun kasihan kan suami/isteri masing2 ??? Tidak terbayang ker wajah anak2 di rumah????Teruk sangat ke pasangan masing2 hingga sanggup makan luar???
Yess poligami itu halal dalam Islam,tapi perlu laa menggunakan landasan yang benar....

Sekarang ni pulak,aku berkenalan dengan seorang hamba Allah ni...terang-terangan bercita dengan suami orang....ok aku tidak laa ambil kesah sangat sebab kawan aku ni single lagi...so kira boleh laa kalau dia nak kawen pun dengan BF dia tue....

Masalah nye ialah...ok,since kau dah bercinta dengan suami orang tanpa pengetahuan sang isteri,for sure korang kena selindung2 bila nak keluar ke,nak telefon or nak mesej2 kan....n BF kau tu off course lebih pentingkan Wife dia daripada kau....Itu adalah hakikat yang kau kena hadapi lagi2 bila BF kau tu sayangkan anak2 dia kan...

Tapi sebaliknye,kau lebih pentingkan diri plak....kau dah rampas suami orang 1 hal,xperlu laa kot ko nak kata isteri BF kau tu kaki kongkong xkasi keluar la ape kan....xperlu nak buruk2kan isteri BF kau tue...Cuba kau fikir...kalau betul laa kan isteri dia tue teruk sangat2,kenapa dia mesti akan pentingkan Isteri dia dalam apa2 hal berbanding kau ????? HAHA

Aku pun risau jugak kalau-kalau perkara ni akan berlaku dalam keluarga aku...tapi pape pun,Bertepuk Sebelah Tangan X Berbunyi kan....jadi masing2 kena sedar akan tanggungjawab masing2 laa dalam hal nie....

P/S - Rampas HAK Orang,kau rase 1 hari nanti orang akan rampas HAK kau pulak???



Sibling Ramai O Sikit ???

Ermm sebagai anak sulung dari 2 adik beradik,soo aku rase korang pon leh agak keluarga aku sebenarnya kecik je kan ??? >_<

Tapi,sungguhpun aku mempunyai 2 adik beradik,tapi aku mempunyai sebuah keluarga yang besar sebab mak n abah aku mempunyai adik beradik yang ramai hokehhh.....

Means kalau raya memang MERIAH laa kan kalau berkumpol tapi family abah jarang laa kan sebab atuk n nenek dah meninggal tapi belah mak aku still ada atok n opah yang vogue da vazz tue....

Tapi even pun begitu,dulu aku masih lagi merasakan serabut mempunyai adik beradik ramai....Yelah,adik beradik ramai pun lom tentu semua sekepala kan....????

N then aku compare kan dengan aku n adik aku , walaupun kitorg 100% tidak sama dr segi fizikal,tapi masih lagi mampu mencapai kata sepakat laa kan haha !

Just bagi aku kelebihan adik beradik ramai ni senang Time Kenduri laa kan,sebab dah terbukti,masa aku kahwin...semua sepupu2 aku yang ramai tu yang byk tolong....kalau harapkan adik aku jer memang TUMPOR ler jawabnyer...kikikiki

Since dah berumahtangga ni lak,Mr.Hubby aku 3 beradik n anak bongsu,bila termasuk ipar duai aku mempunyai 6 beradik laa kan sebelah sana...Terasa MERIAH laa plak kan....Ipar Duai aku lak memang boleh laa sekepala laa gak kan,soo rase seronok gak laa....hehe

Walaupun begitu, xkira laa adik beradik ramai ke,sikit ke,ia akan jadi seronok kalau sesama adik beradik saling sepakat antara 1 same lain n xde gaduh2 kan....tapi dua2 ade kelebihannya...yang penting HAPPY sudahhh..........~_________________________~

HAHA ! time tengok gambar nie terbayang2 muke adik aku si Tam tue

Thursday 14 June 2012

Aku Gila Games,Sekian

Aku percaya memang ramai kat dunia ni yang gila game.....
Dan aku jugak percaya bukan lelaki je yang gila games.....

Tapi aku dah terjebak menjadi Kaki Gamers ! Demm
Dan yang paling penting,aku kan....gila kan games kat FACEBOOK sahaja !

Ok,memang FB ade banyak sgt games....
Cityville,Pioneer Trail,Cafe World,Castleville,Flower Shop,Avenur Shop,Zynga Bingo,Zynga Slingo la eyshhh macam2 laa xlarat dah,....

Dah Semua game berkenaan aku pernah terjebak main dan ade di antaranya Sampai Sekarang masih ketagihan....kadang2 xboleh nak lepas lak rasa...huhu

Secara amnya...memang games ini Confirm melalaikan aku xmenafikannya...tapi kalau diikut dari sudut positif,boleh menajamkan minda ape haha !

Bagi sesiapa yang xminat games di FB tue,n ade lak kengkawan yang hantar request kalau x berkenan biarkan jer xpayah layan,xperlu rasanya nak marah2 kat status perli2....kitorg anta jer kat sume orang mane tau nanti terbukak pulak pintu hari nak main ke,yer dok ????

Antara games2 kegilaan aku :-

Game ni memang mendatangkan kesan dah jadi KL da bandar aku haha
Games yang aku still main sekarang dari tanah sekangkang kera sampai dah jadi London da

Games yang aku tengah main sekarang haha sedap games nie sebab on9 dengan 1 dunia



Resepi Kuih Takao-Tao Simple

Since ak n Mr.Hubby suka sangat takao-tao kat JJ Wangsa Maju tue,makanya aku berazam untuk masak kuih berkenaan kat rumah hehe....tapi versi Simple laa kan.....




Bahan-bahan :-

Tepung Gandum 1 cawan
Air 1 cawan
Telur 1 biji
Kobis yang dipotong dadu (aku guna suku dari kobis bulat tue)
Sotong/isi ketam/ayam/cheese/dll (aku guna isi ketam)
Garam/Serbuk perasa (aku guna Tumix @ Secukup rasa jer)
Soda Bikabonat 1/2 sudu kecik

Cara-cara penyediaan :-

Korang kena ada acuan takaoyaki nie tp aku guna kuih cara punya acuan
Panaskan acuan tu dengan minyak....
Bahan2 kat atas tu korang bancuh sampai jadi adunan xterlalu lembik dan xterlalu keras
Bila acuan da panas,korang letakkan adunan kat atas tu
Lepas tu korang letak la isi takao korang tu
Then tutup balik dengan adunan kat atas tu....
Agak2 dah masak kat belah bawah,korang terbalikkan perlahan-lahan adunan tue...
Then tunggu bahagian yang sebelah lagi masak plak...

Then korang boleh la hidangkan.....
Sedap makan dengan sos soya tue
Tapi aku guna sos cili n mayonis...
Terangkat babe !!!

Cerita Tentang Anak ^_^"

Belum kahwin - Orang tanya bila nak kahwin ?????
Dah kahwin - Orang tanya bila nak ada anak ?????
Anak Satu - Orang tanya bila nak tambah anak?????
Anak dah besar - Orang tanya bila nak ada menantu ?????
Da ada menantu - Orang tanya bila nak menimang cucu ?????

Di atas ni adalah soalan lazim sepanjang hayat aku rasa, haha !!!!!
Untuk stage aku,yang kerap aku dengar soalan No 2 tu laa Huh -___-''
Xpecially bila ada majlis2 kahwin ke,hape ke,on YM ke,on FB ke,
Pasti ada manusia Prihatin yang menanyakan da ade tanda2 ke?????

Kat kepala aku mempunyai 1 persoalan ,
Xde soalan lain ke nak tanya ?????
Naik stress lak aku rasa ,  HAHA
Bukan aku marah ataupun sedih....

Just persoalan yang mcm tue buat aku sendiri tertanya2,
A'ah laa...bila aku nk preggy nie?
Then aku start berharap.....
Until next month period,I'm Crying....haha !

Sape yang tak nak anak kan.....
Tujuan untuk berkahwin pun untuk mempunyai zuriat bagi meramaikan umat .....
Aku lagi teringin nak memiliki anak sendiri,
Merasa pengalaman mempunyai nyawa di dalam perut aku sendiri...

Aku pun teringin nak tengok wajah anak kacukan aku n Mr.Hubby...
Teringin nak menamakan anak aku dengan nama2 yang elok...
Teringin hendak menjaga anak aku dengan penuh kasih sayang,
Mendidik anak aku menjadi org yang berguna,InsyaAllah....

Tapi ni semua adalah rezeki dari Allah,
Mungkin Dia x memberikan aku anak buat masa sekarang,
Mungkin masih ada kekurangan dalam diri ini yang Dia nak aku perbetulkan....
Mungkin Dia hendak memberi rezeki lain dulu kepada aku dan Mr.Hubby....

Sedikit kecewa tapi aku percaya ada Hikmahnya,
Mungkin aku xpuas Honeymoon kot,hahahhahahha

^______________________________^

Memiliki anak adalah dambaan setiap Suami Isteri




Sulitnya Merancang Kewangan !

Menabung la demi masa depan !
Siapa pernah rasa,susah sangat nak simpan duit ??? kalau pernah , ok kita GENG haha !
Memang susah sangat nak menyimpan,sentiasa jer xcukup duit, ada jer nak beli , ada jer mende nak makan , time nak menyimpan , time tu la motor buat hal , time tu la suar koyak , time tu la katil patah , haha !

Tapi walau macamana pun,tetap jugak kena menyimpan sebab kita tak tau apa akan jadi masa depan, kan?
Kot2 nanti ade kemalangan ke,kematian ke,kemengidaman ke,duit simpanan tu laa kita nak korek kan?
Silap2 habis syiling kat tabung tue kita rembat..

Aku ni pada asalnya mmg org yg x reti menyimpan lansung , dapat duit jer lebuh,xpernah terfikir pun nak simpan kat bank atau pun tabung walupun duit syiling apa lagi RM 10.00 paling koman kata orang,sumanya lesap....last2 menganga sampai hujung bulan,haha !

Tapi sekarang da berubah,ada duit belanja harian tu ada lebih je aku simpan,tabung syiling WAJIB ada,walaupun simpan sikit2 nanti lama2 mesti jadi banyak...hehe...sekarang aku n Mr.Hubby ada sorang satu tabung,tp Mr.Hubby lagi banyak duit sebab dia seorang yang Jimat haha !

Aku dan Mr.Hubby merancang nak kumpul duit sebanyak mungkin sebab kitorang teringin nak beli kereta,maklum la kitorg cuma ada motor jer ke hulu ke hilir, kalau nak naik keta kitorg meminjam la kat akk ke,abah ke,sape2 laa yang ade,hehe....Kitorg berazam nak beli kereta hujung tahun nie jugak,kalau boleh sebelum aku pregnant,ade sebijik keta pun cukup la (eh eh nak beli berapa lak keta sebenarnye) haha !

Korang jangan lupa tau bukak akaun ASB,walaupun susah nak kuar duit,walaupun dividen xde la melambung tinggi,walaupun RM 10.00 jer korang letak tiap bulan,tapi itu boleh buat duit sesak2 korang....


Wednesday 13 June 2012

Tips Mempunyai Rumahtangga Yang Bahagia


Keluarga Bahagia Idaman Semua Orang

Okay,aku tau aku pun baru jer kawen semasa blog ni ditulis,org kata masih mentah lagi dalam meniti alam rumahtangga,tapi X salah rasanye kalau aku share sama2 dekat korang tips2 mengekalkan kebahagiaan rumahtangga kan???at least kita bole sama2 MUHASABAH diri masing2 kan???


  1. Sepanjang bergelar Isteri,apa yang paling membahagiakan aku ialah apabila kita sama2 berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari,From Worse To Better,sama2 baiki diri dan saling mengingati antara 1 sama lain.Bukan maksud aku bila kita masing2 ada hak untuk saling mengingati 1 sama lain,ia dilakukan dengan cara yang kasar ; suruh solat pun marah2 sapa yang nak solat Even itu adalah wajib,kan? Bila sesuatu tu disuruh dengan cara yang kasar atau pun nak Perli2 jer sound memang X lah kan orang tue nak berubah.....
  2. Saling tolong 1 sama lain ; Seronok x kalau kita buat kerja rumah gotong royong?sidai baju sama2?basuh pinggan sama2? 1 thing yang guys kena tau ialah ISTERI BUKAN ORANG GAJI,yang sume mende main campak je bagi kat dia kan...sampai terkangkang2 si isteri tu buat kerja,so far setakat ni Mr. Hubby memang sangat2 memahami perkara ni dan x keberatan kalau kita minta tolong kan....Sebenarnya xkira la suami ke isteri ke,masing2 kena la saling tolong menolong,selain daripada dapat meringankan beban,malah dapat jugak mengeratkan silaturrahim gittew.....
  3. Kejujuran dan kepercayaan ; Jujur n kepercayaan nie saling berkaitan dan bukan masa dah kahwin jer,dari Couple lagi kena terapkan unsur2 kejujuran dan kepercayaan nie....sebab memang sakit hati la kan kalau xjujur sekali dah xde kejujuran,sampai bila2 pun susah nak percaya dah kan....
  4. Saling manja-manja 1 sama lain , alaa bukan susah pun nak manje2 ni kan....hehe...kalau boleh setiap hari jangan lupa untuk cium peluk pasangan selama 5 minit...elok tau untuk mengeratkan lagi silaturrahim n meningkatkan kemesraan 1 sama lain :)
  5. Luangkan masa untuk pasangan ; Walau sesibuk mana pun kita dalam bekerjaya,bersukan mahupun berpolitik bagai,jangan sesekali biarkan 1 hari tu tanpa luangkan masa dengan pasangan sebab ia akan  membuatkan pasangan rasa sunyi...lagi 1,tolong la hentikan budaya berpeleseran di atas jalan raya mahupun di kedai mamak sampai tengah malam buta baru nak balik sebab kita bukan bujang lagi yang tak kisah balik pukol berapa pun.Berkawan tak salah tapi Ingat sikit Orang Rumah..

Tunang,Nikah Dan Sanding ~~WiNk WiNk~~

1. Tunang

Well,aku n Mr.Hubby aku bertunang pada 2 Julai 2011..Tema majlis kami ialah Hijau+Putih hehe....
Aku n Mr Hubby bertunang atas persetujuan kedua org tua kami,Alhamdulillah,setelah 2 tahun lebih kami bercinta,baru laa Mr. Hubby bawak aku jumpa orang tua dan sejak itu laa hubungan ini bertambah serius dan atas restu orang tua kami,kami selamat bertunang,Alhamdulillah :))

Kamera Sendiri...Gambar pun Blurrr ~

Aku + Sistaa kat Pelamin Tajaan Keluarga Mertua ~


2. Pernikahan

Dengan sekali lafaz,aku n Mr.Hubby sah menjadi suami isteri pada 4 Februari 2012 bertempat di Masjid Zaid bin  Haritsah Jalan Gombak,Alhamdulillah...Nebes you all mase Mr.Hubby nak akad nikah tue Ngeh3.....

Pembatalan Air Sembahyang di saksikan Paparazzi ^_^

Muka dah lega..berbeza dengan masa sebelum akad kakakaka

3.Persandingan

After nikah di hari yang sama jugak,kitorg bersanding,balik je romah terus mak andam aku 
(mak uda Mr.Hubby) touch up aku balik untuk Majlis Persandingan...Aku lak nebes jer kan nak bersanding sebab aku xtau nak buat muka mcmane,n aku adalah manusia yang dikurniakan wajah yang masam semulajadi soo susah nak senyum,tapi KETAWA suka plak ak kan....

Nebes tp nasib ade member yg sentiase menemani :))


Mr.Hubby da sampai kena cium tangan hehe

Sayang Mak n Abah :))

Mula2 Senyum Last2 Gelak Terus KAKKAKAK

4.Majlis Sambut Menantu

11 Febuari 2012 means 1 week lepas Majlis belah aku,Majlis Sambut Menantu pun dijalankan di Dewan Muhibbah Taman Bolton...Well tempat nie sebenarnye Tapak Pasar xjadi kam tapi Family Mertua aku memang SUPERB leh make over tempat tue cantik sangat2 hokehh.....Kitorang buat Majlis ni malam soo memang nampak GRAND gittew...Hhehheehe

Pelamin Tajaan dan Hasil tangan Keluarga Mertua

Mr.Hubby,Me n Best Friend Ever ~~









Hidup Lepas Kahwin lagi Indah ^_^

Akhirnya setelah 3 tahun aku n Mr. Hubby bercinta , kami telah sah menjadi suami isteri pada 4 Febuari 2012 aritu...Syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz,dia sah menjadi suami aku,Alhamdulillah....sehingga sekarang,sudah hampir 4 bulan kami menjalani kehidupan sebagai Hubby n Wife ^_^....

Ape yang ak boleh katakan setelah bergelar seorang isteri ni ialah,hidup aku sekarang lebih bahagia n lebih bermakna laa,bukan maksud aku mase ak bujang dulu hidup ak x bahagia,noop...tapi siapa yang x bahagia kan bila bersama dgn org yg tercinta ^_~...

Kalau dulu masa bujang,aku ni memang Nauzubillah pemalasnye kemain lgi....jgn mimpi laa nak nampak ak buat keje rumah mcm lipat kain ke,sapu rumah ke,kemas bilik ke,kalau ade pun dalam jangka masa yang amat jarang HUAHUAHUA.....tapi sekarang Alhamdulillah...walaupun tidaklah rajin yang mcm orang gaji,tp bilik ak da x seteruk dulu,kain pun x berlonggok mcm dulu....1 benda jer yang jarang buat sekarang iaitu MEMASAK...aku bukan xboleh masak,boleh jer masak tp since aku memang duduk rumah Ibu Mertuaku,soo makan minum dah memang tersedia...cuma sekali sekali aku ataupun Hubby aku teringin nak makan sesuatu,aku akan masak jugak laa...hehe "__"

1 lagi perubahan yang agak ketara,aku da xde nak memberontak mcm dulu...kalau dulu xpuas ati mesty ak memberontak,tapi dah kahwin ni,aku rasa aku lebih lembut la berbanding dulu2...hehe...aku dah belajar apa itu GIVE N TAKE,SHARING IS CARING,tu suma da jadi live aku sekarang.....

Kalau dulu solat sorang2 (kadang2 xsolat) tapi sekarang Alhamdulillah dah ada Mr.Hubby yang akan mengimamkan aku,yang akan mengingati aku tentang perkara tersebut.....ini adalah perkara yang paling touching sekali bila dah kahwin :')

Dulu nak kahwin duit memanjang jer xder duit,sekejap jer duit gaji aku habis,dah kahwin walaupun x mewah,tapi Alhamdulillah kami xpernah lagi kekurangan duit....

Secara keseluruhannya.....

Sape2 yang belum kahwin,cepat2lah kahwin yer....sebab 1001 nikmat yang kita akan peroleh dari perkahwinan,jangan risau jangan takut sebab Allah S.W.T sentiasa akan menolong hambaNya yang dalam kesusahan.....Xpercaya??Try laa Kahwin tengok ^__~

Perkahwinan bukan lah kerana nafsu semata-mata 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...