Monday 25 November 2013

Isyraf Swimming !

Beruntung laa Isyraf kecik2 dah swiming kat swimming pool,ammi dulu swimming pun kat air terjun jer kannn hahhaha

Isyraf ni masa baby dulu memang cukup x suka mandi,asal mandi je mesti menangis2 tapi sekarang tak lagi....pantang nampak air,kemain menyengih sampai ke telinga...

Rumah pak mertua aku ni adalah kolam renang mobile....yang orang tua pun boleh masuk tu kan....kalau encik suami cuti memang kitorang akan bawak Isyraf mandi kat sini...konon2 nak ajar anak berenang,tapi aku sendiri tak pandai berenang kan.....tapi xper,dada dia reti berenang hehehehe

Malas la nak cerita kan.....tengok laa gambar dia......

nampak x betapa miangnya muka anakandaku ini????hehehe

Tapi xboleh mandi selalu...asal mandi jer pastu mula la selesema kann hahaha

p/s : dulu masa baru lahir asal mandi je menangis x hengat haha


Monday 11 November 2013

Kebaikan Surah Al-Fatihah

Seperti yang kita ketahui,setiap surah di dalam Al-Quran mempunyai kebaikan yang tersendiri jika diamalkan...

Hari ini boleh la kita share kebaikan surah Al-Fatihah yang mungkin ada di antara kita tidak mengetahuinya...

Antara kebaikan surah Al-Fatihah ialah :-

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Resepi : Spaghetti Goreng

Pagi2 ke petang2 ke kalau dah xde kerja tapi lapar boleh la cuba resepi omak mertua eden ni haa hehehe....




Bahan-bahannya :-
  1. Bawang besar 1 biji - ditumbuk
  2. Bawang putih 3 ulas - ditumbuk
  3. Spaghetti (fusilli) - 1 paket (direbus dulu sehingga lembut)
  4. 1 sudu cili kering yang dikisar
  5. 1 sudu sos tiram
  6. 1 sudu kicap manis
  7. 1 sudu sos tomato
  8. 1 sudu sos cili
  9. Isi ayam sesuka hati (Digoreng dulu)
  10. Hotdog (Digoreng dulu)
  11. Isi ketam (Digoreng dulu)
  12. Sayur sawi 

Cara Penyediaan :-
  1. Mula-mula tumis la bahan2 yang ditumbuk....
  2. Kemudian masukkan pula cili kering yang dikisar,
  3. Setelah bahan2 ditumis tersebut sudah masak dan naik bau,boleh la taruk sos tiram,kicap manis,sos tomato dan sos cili....
  4. Taruk semua isi ayam,isi ketam dan hotdog yang dah digoreng dulu
  5. Bubuh sawi 
  6. Kemudian taruk la spaghetti yang dah direbus dulu tu
  7. Kacau hingga sebati dan jangan lupa rasa tengok mana ada yang kurang korang tambah la yer hahahha

Resepi : Pizza Roti

Kadang2 kalau petang2 korang boring kan tapi nak makan tapi macam malas jer macam malas jer....jadi resepi ini ada yang paling sesuai untuk uolss mencuba....

Aku pun tengok biras laa masak...sedap la pulok kan...idok ler puas makannya....maka aku bernekad untuk masak sendiri kan di rumah bonda terchenta....

Bahan-bahannya :
  1. Roti gardenia putih 
  2. Burger daging Ramlee (boleh juga guna hotdog)
  3. Sardin cap ayam 1 tin kecil (kuah dia xpayah)
  4. Bwang besar 1 biji (dihiris halus)
  5. Bawang putih 2 ulas (dihiris halus)
  6. Cili merah 1 batang (dihiris serong)
  7. Cheese Cheddar
  8. Limau Nipis (diambil airnya saja)

Cara-cara membuatnya :
  1. Ikan sardin tin tu kan,korang lecok2 kan ler....
  2. Tumis semua bahan2 yang dihiris,taruk garam,sardin dan air limau tu
  3. Burger tu korang goreng la macam biasa dulu
  4. Roti gardenia tu tadi,korang sapukan dengan planta,kemudian taruk sardin yang dah dimasak tadi,daging burger diatas sardin tersebut,kemudian atas sekali,korang taruk ler cheese cheddar korang tu....
  5. Kemudian di atas dulang pembakar,sapu planta,kemudian letakkan semua roti2 pizza tersebut
  6. Bakar dalam suhu sederhana selama 15 minit....agak2 la,jangan rentung sudah


Saturday 9 November 2013

Anak Kuat Menangis????

Pernah x korang tengah berjalan2 santai2 di mall ade baby yang melalak-lalak macam nak terkeluar anak tekak??puas mak apak baby tu memujuk baby tu x henti melalak??pernah tak korang melihat atau mengalami situasi begini???

Kalau bagi aku,perkara ni bukanlah perkara asing lagi hehe.....aku dikurniakan anak yang aktif dan bersuara nyaring....SANGAT NYARING.

Mungkin sebab Isyraf mengikut jejak langkah aku yang juga seorang yang kuat melalak tak hengat punya kan....

Pernah jugak la aku dimarahi orang ramai sebab membawa anak aku yang masih bayi itu ke mall....siap mengumpat belakang2....pernah satu masa tu,anak aku menangis,aku pulak dekat kaunter nak bayar la barang yang dibeli,Isyraf dijaga oleh dada dia...ade makcik n anak perempuan dia ni mengumpat2 anak aku dekat sebelah aku je kottt....mungkin dia tak tau aku mak kepada bayi yang menangis tersebut....aku pun xpuas hati aku cakap la,dia anak saya,saya yang jaga dia,bukan makcik.

Bukan nak kurang hajar,tapi seriously,ingat kami ni sengaja ke nak biar anak kami melalak2?ingat kami tak berusaha ke untuk meredakan tangisan anak kami?tapi kami sentiasa bersabar dan tak pernah marahkan anak kami yang menangis2 tu....

Sebab doktor ada beritahu kami,bayi yang menangis tu kemungkinan dia lapar dan masuk angin,tapi jika dia tetap menangis juga,mungkin kerana dia mengalami perubahan dan mungkin sebab itu ia menangis.Kerana dia menyedari perubahan yang berlaku dalam badan dia,kerana itulah dia menangis...

Tapi perkara itu cuma berlarutan selama 3-4 bulan saja....kerana dalam tempoh tersebut la bayi cuba menyesuaikan diri dengan dunia baru...Bila dia sudah mula nampak dan mengenali ibu bapa dia,dia sudah kurang menangis...dan boleh la berjalan lama sikit....

Sekarang isyraf sudah 6 bulan,Alhamdulillah dia dah tak macam dulu....cuma kalau dia mengantuk dan lapar je suara dia nyaring sikit laa hahahhaha....

Jadi kesimpulannya,kita sebagai mak ayah ni,kena bersabar la jika mempunyai anak yang menangis kuat nie...ada hikmahnya nanti InsyaAllah.....lagi satu,jika anak minum botol,xkira la susu FM atau susu badan,cuba bagi anak punting susu yang warna kuning tu,korang leh cuma jenama dr.baby atau jenama pigeon...sebab dia lembut ala2 puting ibu juga....hehehe

p/s : Isyraf pernah dibawa berubat la juga oleh 2-3 orang kot2 laa kalau ade benda yang merasuki dia,tapi x,dia cuma mudah masuk angin...Alhamdulillah.....

Ini la keadaan Isyraf bila menangis kannn ala anak ammi ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...