Tuesday 3 July 2012

Makaroni Bakar Cheese Recipe !!

Seumur hidup aku,satu2nya makanan paling sedap yang aku pernah masak ialah MAKARONI BAKAR CHEESE (perasan sikit jer)...Mr Hubby aku pun suka sangat2 kalau dapat makan benda nie kan....1st time buat mase aku bujangan lagi....

Soo bagi yang berminat boleh laa tengok resepi di bawah..TQ ''______''

Bahan-Bahan : : :

  • Makaroni 1 paket (direbus sehingga lembut)
  • Bawang besar 3 biji (dikisar)
  • Bawang putih 4 ulas (dikisar)
  • Daging kisar 1 paket
  • Telur 3 biji
  • Fishball 1 paket
  • Susu Cair 1 tin
  • Cendawan butang 1 tin
  • Cendawan tiram 1 paket
  • Sayur campuran (ikut suka)
  • Cheese mozarella
  • Cheese Cheddar
  • Daun bawang
  • Kobis bunga / mana-mana sayur yang digemari
  • Tomato 1 biji
  • Cili merah dihiris
  • Garam/Gula/Secukup Rasa


Cara hidangan : : :

  • Mula2 panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar
  • Selepas bawang dah wangi,masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging kisar menjadi masak
  • Masukkan fisahball,cendawan butang,cendawan tiram,sayur campuran,kobis bunga,tomato dah kacau hingga semua sebati
  • Masukkan secukup rasa(aku guna secukup rasa jer)
  • Kemudian,masukkan telur 3 biji dan susu cair
  • Selepas kacau seketika,bolehlah masukkan makaroni,kacau hingga semuanya sebati..
  • Masukkan cheese mozarella hingga masakan menjadi likat,kemudian taburkan cili merah dan daun sup dan daun bawang.
  • Sediakan loyang(resepi ini menggunakan 2 loyang),kemudian sapukan loyang tersebut dengan butter supaya tak melekat
  • Masukkan makaroni yang dah siap dimasak,kemudian tutup makaroni di atas loyang tersebut dengan cheese cheddar...(lagi banyak cheese lagi ummmphhhhh)
  • Bakar ke dalam oven selama 1 jam supaya cheese tu cair dia atas makaroni ...
Maka hasilnya : : :

Dapat amek 1 gambar jer sebab hati dah tak keruan untuk makan #_____#
P/S : : : Makanan ini tidak sesuai untuk mereka yang sedang BERDIET 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...