Monday 14 October 2013

Pengalaman Di Hospital Bersalin

Assalammualaikum....

Ater ape pasai udah 5 bulan bersalin baru nak khabor pengalaman sejak bergelar ibu ni??? hahaha bukan apa,sejak bergelar ibu ni,walaupun masih lagi belum bekerja....tapi rutin harian memang busy hokehh 

Ditambah lagi dengan mood yang ada kala tidak menentu kan...kadang2 tengah nak menaip time itu juga la anak menangis nak susu,baju x berlipat,perut lapar nak makan hahahha

Ini adalah pengalaman aku yg pertama...so semuanya serba baru dan kejutan bagi aku...

Masa Isyraf dilahirkan,semuanya ok...sabtu dia lahir,kalau diikutkan ahad memang da boleh balik....pagi tu bila doktor buat lawatan di hospital,aku memang ok je la bole balik,tapi Isyraf lak,doktor dapati nafas Isyraf agak laju....

Ini semua terjadi sebab Isyraf lama sangat dalam perut aku...sebab air ketuban da pecah lama kan...takut terkena jangkitan paru2..... 

Maka untuk mencegah dari perkara tak diingini,doktor menahan Isyraf untuk suntikan antibiotik...paling awal dia boleh balik sehari aje...tapi paling lama doktor xjanji...seminggu,sebulan,3 bulan....

Bayangkan la korang da excited bebenor nak balik dengan baby,tibe2 baby ditahan di NICU (New Born ICU),aku cuma menemani Isyraf sampai pukul 10 malam saja pada hari ahad tu,bukan x sayang anak,tapi badan aku terlalu letih untuk bermalam di situ pulak....

Hati aku bertambah hiba bila malam sebelum aku balik rumah hari tu,Isyraf terpaksa pulak dipakaikan oksigen kerana Isyraf didapati menghidapi radang paru2...malam tu jer dekat sebesen air mata aku keluar mengenangkan nasib Isyraf,.,,

Esoknya,aku nekad untuk menemani Isyraf sepanjang masa....aku rela untuk bermalam di hospital sebab da ade tenaga sikit kan...hati aku lega bila Aku datang,Isyraf xperlu lagi memakai oksigen tapi masih perlu diberi suntikan antibiotik...

Soo diorang pun bagila aku wad untuk duduk dengan Isyraf sepanjang kami berada disana....mula2 memang aku agak kekok...nak bedungkan budak tu pun aku xpandai weh...Isyraf pulak cepat lapar,setiap setengah jam menangis nak susu.....

Aku tanya nurse,bila boleh balik,nurse kata kalau hari ketiga selepas Isyraf diberi suntikan antibiotik,doktor akan cek tengok macamana,kalau kelihatan positif,boleh balik la...kalau x kena taham sampai hari kelima la....

Masa hari ketiga tu pulak,doktor datang cek,dia kata Isyraf masih perlukan suntikan antibiotik....bukan tu saja,Isyraf dijangkiti sakit kuning...mana taknye...masa di NICU ti,memang kebanyakannya sakit kuning....

Menangis lagi aku....perghh memang tekanan weh dengan badan penat,xpandai sangat pasal baby,dengan akak sebelah aku yg macam meroyan tiap kali anak nangis,dia marah anak dia kata nak campak anak dia....takut la aku kan....

Tapi untung la aku sebab suami aku datang hari2 kot....bagi semangat kat aku....

Masa Isyraf kena kuning,doktor kan bogelkan Isyraf,letak bawah lampu,sejuk r anak aku kan....tiap kali dia nangis aku peluk bg susu....esoknye doktor cek,dia kata kuning anak aku meningkat,dia marah ak sikit2 angkat anak dr kena cahaya biru tu bila nak elok?bila aku kata mngkin anak aku sejuk....dia pun pasangkan warmer....

Bile da pasang warmer....hah tido nyenyak la Isyraf kan....aku lak kena kejut dia bg susu....tapi kekurangannye pulak...badan anak panas la takut kena demam....so aku cuma pasang sampai Isyraf tido....then aku tutup warmer tu....

Dalam hati aku sangat berharap agar Isyraf sembuh cepat nanti boleh balik hari kelima tu...xsanggup aku duduk lama2 walaupun sangat selesa hospital tue kan....

Hari kelima tu(Jumaat) doktor cek Alhamdulillah kuning Isyraf turun dan jangkitan di paru2 pun da xde....kami boleh balik petang tu lepas suntikan antibiotik yg terakhir....

Aku disambut oleh mak aku,mak mertua dan adik aku...n suami yang sentiasa bagi dorongan kat aku....

Sepanjang aku berada di hospital dengan anak,walaupun aku masih baru dan tak pandai lansung bab penjagaan bayi ni,tapi Alhamdulillah,Allah memberikan aku kekuatan,dan benda ni automatik laa aku rasa,tiba2 semua benda aku boleh buat.

Layanan yang aku terima di Hospital Ampang sangat2 memuaskan....dan aku sangat kagum dengan nurse2 yang begitu tabah dan komited dalam kerjaya mereka...semuanya baik2 belaka.....sangkaan orang ramai mengenai servis hospital kerajaan yang tidak baik amatlah TIDAK BENAR sekali....

Sakit yang sama je bersalin ni....sepanjang 7 hari keseluruhan aku berada di sana,cuma la berjumlah RM 50.00 sahaja.Peace!!!!!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...