Wednesday 16 October 2013

Resepi : Kek Epal

Aku bukanla suka sangat masak kek ni sebab seumur hidup aku,kek yang aku masak dan menjadi cuma boleh dikira dengan jari aje pun...tapi oleh disebabkan aku geram tengok epal hijau kat rumah mertua aku ni macam tak berusik lama kan...aku pun tanya la bonda aku macamane ke caranye nak masak kek epal ni

Senang jer rupenye.....meh aku share kat korang,nanti boleh la masak untuk suami tercinta sempena minum petang di hujung minggu hehehe

Ini la rope kek yang aku khaborkan tu..sedap wehh

Bahan-bahannya :-
  • 2 biji epal hijau : sebiji dipotong dadu,sebiji lagi disagat.Nak lebih pun boleh.Sukati korang.
  • 4 biji telur
  • 200 gram mentega
  • 150 gram gula halus + 2 sudu besar gula
  • 200 ml fresh cream atau whipping cream.
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara pembuatannya :-
  • Pukul mentega + gula sampai agak2 dah sebati-kannn
  • Taruk telur tu sebiji-sebiji sampai serasi
  • Taruk whipping cream korang tu
  • Taruk tepung + baking powder sikit-sikit sampai habis...
  • Kemudian sekali tarukkan semua epal yang ada dan biar dia diuli hingga sebati
  • Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit,agak2 dan garing,korang cucuk dengan lidi takda melekat tu siap la tu maknanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...