Monday, 11 November 2013

Resepi : Pizza Roti

Kadang2 kalau petang2 korang boring kan tapi nak makan tapi macam malas jer macam malas jer....jadi resepi ini ada yang paling sesuai untuk uolss mencuba....

Aku pun tengok biras laa masak...sedap la pulok kan...idok ler puas makannya....maka aku bernekad untuk masak sendiri kan di rumah bonda terchenta....

Bahan-bahannya :
  1. Roti gardenia putih 
  2. Burger daging Ramlee (boleh juga guna hotdog)
  3. Sardin cap ayam 1 tin kecil (kuah dia xpayah)
  4. Bwang besar 1 biji (dihiris halus)
  5. Bawang putih 2 ulas (dihiris halus)
  6. Cili merah 1 batang (dihiris serong)
  7. Cheese Cheddar
  8. Limau Nipis (diambil airnya saja)

Cara-cara membuatnya :
  1. Ikan sardin tin tu kan,korang lecok2 kan ler....
  2. Tumis semua bahan2 yang dihiris,taruk garam,sardin dan air limau tu
  3. Burger tu korang goreng la macam biasa dulu
  4. Roti gardenia tu tadi,korang sapukan dengan planta,kemudian taruk sardin yang dah dimasak tadi,daging burger diatas sardin tersebut,kemudian atas sekali,korang taruk ler cheese cheddar korang tu....
  5. Kemudian di atas dulang pembakar,sapu planta,kemudian letakkan semua roti2 pizza tersebut
  6. Bakar dalam suhu sederhana selama 15 minit....agak2 la,jangan rentung sudah


Saturday, 9 November 2013

Anak Kuat Menangis????

Pernah x korang tengah berjalan2 santai2 di mall ade baby yang melalak-lalak macam nak terkeluar anak tekak??puas mak apak baby tu memujuk baby tu x henti melalak??pernah tak korang melihat atau mengalami situasi begini???

Kalau bagi aku,perkara ni bukanlah perkara asing lagi hehe.....aku dikurniakan anak yang aktif dan bersuara nyaring....SANGAT NYARING.

Mungkin sebab Isyraf mengikut jejak langkah aku yang juga seorang yang kuat melalak tak hengat punya kan....

Pernah jugak la aku dimarahi orang ramai sebab membawa anak aku yang masih bayi itu ke mall....siap mengumpat belakang2....pernah satu masa tu,anak aku menangis,aku pulak dekat kaunter nak bayar la barang yang dibeli,Isyraf dijaga oleh dada dia...ade makcik n anak perempuan dia ni mengumpat2 anak aku dekat sebelah aku je kottt....mungkin dia tak tau aku mak kepada bayi yang menangis tersebut....aku pun xpuas hati aku cakap la,dia anak saya,saya yang jaga dia,bukan makcik.

Bukan nak kurang hajar,tapi seriously,ingat kami ni sengaja ke nak biar anak kami melalak2?ingat kami tak berusaha ke untuk meredakan tangisan anak kami?tapi kami sentiasa bersabar dan tak pernah marahkan anak kami yang menangis2 tu....

Sebab doktor ada beritahu kami,bayi yang menangis tu kemungkinan dia lapar dan masuk angin,tapi jika dia tetap menangis juga,mungkin kerana dia mengalami perubahan dan mungkin sebab itu ia menangis.Kerana dia menyedari perubahan yang berlaku dalam badan dia,kerana itulah dia menangis...

Tapi perkara itu cuma berlarutan selama 3-4 bulan saja....kerana dalam tempoh tersebut la bayi cuba menyesuaikan diri dengan dunia baru...Bila dia sudah mula nampak dan mengenali ibu bapa dia,dia sudah kurang menangis...dan boleh la berjalan lama sikit....

Sekarang isyraf sudah 6 bulan,Alhamdulillah dia dah tak macam dulu....cuma kalau dia mengantuk dan lapar je suara dia nyaring sikit laa hahahhaha....

Jadi kesimpulannya,kita sebagai mak ayah ni,kena bersabar la jika mempunyai anak yang menangis kuat nie...ada hikmahnya nanti InsyaAllah.....lagi satu,jika anak minum botol,xkira la susu FM atau susu badan,cuba bagi anak punting susu yang warna kuning tu,korang leh cuma jenama dr.baby atau jenama pigeon...sebab dia lembut ala2 puting ibu juga....hehehe

p/s : Isyraf pernah dibawa berubat la juga oleh 2-3 orang kot2 laa kalau ade benda yang merasuki dia,tapi x,dia cuma mudah masuk angin...Alhamdulillah.....

Ini la keadaan Isyraf bila menangis kannn ala anak ammi ^_^

Tuesday, 22 October 2013

Keputusan muktamad.

Soo hari ini aku pun pergi laa ke tempat kerja baru aku tu....bukak2 pintu aik ramai benor ler manusia baru macam aku....semua duk menunggu boss sampai....

Ok,aku pun duduk....memandangkan aku agak ragu2 dengan office ni sejak sedari mulanya...tapi nak menguatkan lagi perasaan x sedap hati tu,aku pergi je la jugak kan mana la tau kot2 office ni bukan penipu....

Dalam dok aku menunggu tu....mata aku pun meliar la memandang sekitar office tu kan...meja ade,xde pc....partition kecil,nak letak pc pun xmuat tu....dalam hati aku ni la....ok ade whiteboard...ade tulis target sales,group 1,group 2,n beberapa maklumat yang berkait rapat dengan sales or marketing....sedangkan masa interview,terang-terangan dia kata dia bukan buat sales...or marketing or insurans...

Aku terdengar pulak pekerja kat office tu berbual....ada appoinment ke idok...appoinment dekat mana semua....aku berbual dengan minah sebelah aku ni la yang seangkatan dengan aku ni....dia kata masa dia kena interview memang orang tu kata kita orang ni jarang duduk office.FINE.

Dengan sopan santunnya aku bangun dan bagitahu yang aku nak pergi tandas...dan ....TATA....hahaha

Bukan la aku nak kata kerja sales n marketing ni x bagus,sebenarnya bagus sangat...malah ada yang begitu berjaya sehingga menjadi sangat2 mewah....tapi memang tak sesuai dengan jiwa aku....aku dulu pernah kerja insurans,3 bulan 1 habuk pun x dapat....aura seorang salesgirl tu xde la dalam jiwa aku....mungkin rezeki aku bukan dalam bidang ini....

Lagipun....kena ambil exam yang bernilai Rm 350.00 ok...bagi aku yang da 5 bulan tak bekerja ni jumlah tu memang agak membebankan aku dan suami hahahha....kot lulus,kot dibuatnya idok lulus?leboh wehhh duit aku tu.....

Menganggur la lagi aku jawapannya,yang penting dapat bersama dengan anakanda tercinta dengan aman dan dapatla kau menjadi surirumahtangga mithali !

Dalam masa yang sama aku sedar,suami aku perlu menanggung semuanya,tak apa,yang penting happy !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...