Wednesday, 16 October 2013

Kebaikan apabila menjadi suri rumahtangga.

Oleh disebabkan kini aku ialah surirumahtangga sepenuh masa (walaupun rumah dan tangga adalah milik mertua),aku ingin menegaskan disini,tiada keburukan lansung sejak aku berhenti kerja...hinggakan aku dah tak memikirkan lagi mengenai kerja....hehehe

Antara kebaikan yang dapat diperolehi ialah :-
  • Dapat menguruskan rumahtangga dengan lebih sempurna berbanding sebelumnya..iyela sebelum ni pagi2 dah pergi kerja,petang balik da penat tu belum ada anak,kalau da ade anak,malam manakan nak layankan anak lagi,suami lagi,nak masak,nak itu nak ini...gurrr mau tumpor kome....kalau suami jenis rajin menolong untungla dapat yang jenis penyegan??

  • Lebih rapat dengan anak,mana taknya kalau udah 24 hours bersama kan....tapi aku idokler memanjekan sangat si bujang tu,cuma puas hati tau kalau dapat mandikan,tidokan,gurau senda dengan anak sendiri....tak ade la dia lebih rapat dengan orang lain berbanding kita yang mak bapak dia sendiri ni...
Me n Isyraf....teman masa boring,teman nak gurau2 nak gado2 hehe
  • Dapat membaiki skil2 rumahtangga....habis kalau kau dah tak kerja kan...takkan nak mengangkang je menengok tv kan....korang mesti nak masak untuk suami korang,kemas bilik dengan lebih kerap sebab dah tak ada kerja kan....percaya la,masakan korang akan menjadi bertambah sedap kalau hari2 masak...lipatan baju pun akan semakin tangkas dan kemas hahahaha tapi aku tetap paling benci lipat baju.

Skil2 rumahtangga yang dimaksudkan
  • Hubungan suami isteri/kekeluargaan semakin erat dan intim....mana taknye,suami mana la yang tak girang gumbira nak balik kerumah jika si isteri memasak,sambut suami dengan mesra diiringi penampilan yang kemas dan seksi (penting tapi pastikan kalau duduk rumah sendiri la) kan....anak pulak tak ada la rasa sunyi kalau mak ayah kerja,asyik borak dengan bibik je....


Takleh blah sebenarnye gambar ni nak buat contoh.Pedulikkan.

  • Tak ada bebanan kerja yang melampaui batasnye pun aduiii!!!walaupun menjadi surirumahtangga ni sebenarnya penat wehh tapi korang suka buat,puas hati sebab itu demi keluarga korang yang korang sayang,xde sapa nak marah korang.Tapi kalau kerja,korang diarah itu ini,hati sakit,badan penat mulut merungut pahala pun xdapat....
No stress.No.
Apa-apa pun xkira la kita ni bekerja ke,idok ke,asalkan kita menjalankan tanggungjawab kita dengan amanah,ikhlas dan baik terhadap suami,anak-anak dan majikan jika ada,Insyaallah kita akan bahagia^_^




Tuesday, 15 October 2013

My son : Muhammad Isyraf Hakimi throwback

May 12,2013  : 
Masa ni di hospital yang lepas bersalin ni....dalam keadaan keletihan 
ya amat tapi anak bujang ni dah bukak mata dah hehehe.....

Hot From The Oven

May 14,2013        : 
Malam pertama Isyraf dan ammi di wad yang dia kena tahan 
5 hari tu kan.... punyalah sejuk melalak2 x hingat si Isyraf kan....
aku pun bungkus laa macam  ni rope...barula tido lama sikit haha

Saya sejuk ! macam kat Korea.Tetibe.
May 15,2013        : 
Masa ni dapat tau yang Isyraf Hakimi da kena kuning..huhu...
sedih wehhh anak sentiasa menangis sebab kesejukan....

Dekat corong warna kuning tu la Isyraf kena cucuk antibiotik setiap 6 pagi dan 6 petang


Masa Isyraf kat sini...
ammi xlena tido sebab takut plastik tu tertutup badan Isyraf,
takut penutup mata Isyraf terbukak...

                
                             

Another day at hospital   : 
Isyraf,bertuah kau anak sebab ada 
dada yang sentiasa menyayangimu..
Sentiasa memberi sokongan kat ammi...
sebab ammi tau,ammi xkan kuat
  kalau xde lelaki ini....

Gambar pertama Isyraf dan dada

Dada sentiada ada menemani kita,anak

nyenyaknye tidooo

May 17,2013     : 
Hari ni kita nak discharge!Syukur Alhamdulillah.....^_^

Muka pun ada senyum meh !

Bye2 Hospital Ampang ! Excellent Service !
Isyraf dah sampai rumah....tido nyenyak sampai ke pagi esoknye hahahaha

                           






Monday, 14 October 2013

Pengalaman Di Hospital Bersalin

Assalammualaikum....

Ater ape pasai udah 5 bulan bersalin baru nak khabor pengalaman sejak bergelar ibu ni??? hahaha bukan apa,sejak bergelar ibu ni,walaupun masih lagi belum bekerja....tapi rutin harian memang busy hokehh 

Ditambah lagi dengan mood yang ada kala tidak menentu kan...kadang2 tengah nak menaip time itu juga la anak menangis nak susu,baju x berlipat,perut lapar nak makan hahahha

Ini adalah pengalaman aku yg pertama...so semuanya serba baru dan kejutan bagi aku...

Masa Isyraf dilahirkan,semuanya ok...sabtu dia lahir,kalau diikutkan ahad memang da boleh balik....pagi tu bila doktor buat lawatan di hospital,aku memang ok je la bole balik,tapi Isyraf lak,doktor dapati nafas Isyraf agak laju....

Ini semua terjadi sebab Isyraf lama sangat dalam perut aku...sebab air ketuban da pecah lama kan...takut terkena jangkitan paru2..... 

Maka untuk mencegah dari perkara tak diingini,doktor menahan Isyraf untuk suntikan antibiotik...paling awal dia boleh balik sehari aje...tapi paling lama doktor xjanji...seminggu,sebulan,3 bulan....

Bayangkan la korang da excited bebenor nak balik dengan baby,tibe2 baby ditahan di NICU (New Born ICU),aku cuma menemani Isyraf sampai pukul 10 malam saja pada hari ahad tu,bukan x sayang anak,tapi badan aku terlalu letih untuk bermalam di situ pulak....

Hati aku bertambah hiba bila malam sebelum aku balik rumah hari tu,Isyraf terpaksa pulak dipakaikan oksigen kerana Isyraf didapati menghidapi radang paru2...malam tu jer dekat sebesen air mata aku keluar mengenangkan nasib Isyraf,.,,

Esoknya,aku nekad untuk menemani Isyraf sepanjang masa....aku rela untuk bermalam di hospital sebab da ade tenaga sikit kan...hati aku lega bila Aku datang,Isyraf xperlu lagi memakai oksigen tapi masih perlu diberi suntikan antibiotik...

Soo diorang pun bagila aku wad untuk duduk dengan Isyraf sepanjang kami berada disana....mula2 memang aku agak kekok...nak bedungkan budak tu pun aku xpandai weh...Isyraf pulak cepat lapar,setiap setengah jam menangis nak susu.....

Aku tanya nurse,bila boleh balik,nurse kata kalau hari ketiga selepas Isyraf diberi suntikan antibiotik,doktor akan cek tengok macamana,kalau kelihatan positif,boleh balik la...kalau x kena taham sampai hari kelima la....

Masa hari ketiga tu pulak,doktor datang cek,dia kata Isyraf masih perlukan suntikan antibiotik....bukan tu saja,Isyraf dijangkiti sakit kuning...mana taknye...masa di NICU ti,memang kebanyakannya sakit kuning....

Menangis lagi aku....perghh memang tekanan weh dengan badan penat,xpandai sangat pasal baby,dengan akak sebelah aku yg macam meroyan tiap kali anak nangis,dia marah anak dia kata nak campak anak dia....takut la aku kan....

Tapi untung la aku sebab suami aku datang hari2 kot....bagi semangat kat aku....

Masa Isyraf kena kuning,doktor kan bogelkan Isyraf,letak bawah lampu,sejuk r anak aku kan....tiap kali dia nangis aku peluk bg susu....esoknye doktor cek,dia kata kuning anak aku meningkat,dia marah ak sikit2 angkat anak dr kena cahaya biru tu bila nak elok?bila aku kata mngkin anak aku sejuk....dia pun pasangkan warmer....

Bile da pasang warmer....hah tido nyenyak la Isyraf kan....aku lak kena kejut dia bg susu....tapi kekurangannye pulak...badan anak panas la takut kena demam....so aku cuma pasang sampai Isyraf tido....then aku tutup warmer tu....

Dalam hati aku sangat berharap agar Isyraf sembuh cepat nanti boleh balik hari kelima tu...xsanggup aku duduk lama2 walaupun sangat selesa hospital tue kan....

Hari kelima tu(Jumaat) doktor cek Alhamdulillah kuning Isyraf turun dan jangkitan di paru2 pun da xde....kami boleh balik petang tu lepas suntikan antibiotik yg terakhir....

Aku disambut oleh mak aku,mak mertua dan adik aku...n suami yang sentiasa bagi dorongan kat aku....

Sepanjang aku berada di hospital dengan anak,walaupun aku masih baru dan tak pandai lansung bab penjagaan bayi ni,tapi Alhamdulillah,Allah memberikan aku kekuatan,dan benda ni automatik laa aku rasa,tiba2 semua benda aku boleh buat.

Layanan yang aku terima di Hospital Ampang sangat2 memuaskan....dan aku sangat kagum dengan nurse2 yang begitu tabah dan komited dalam kerjaya mereka...semuanya baik2 belaka.....sangkaan orang ramai mengenai servis hospital kerajaan yang tidak baik amatlah TIDAK BENAR sekali....

Sakit yang sama je bersalin ni....sepanjang 7 hari keseluruhan aku berada di sana,cuma la berjumlah RM 50.00 sahaja.Peace!!!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...