Monday 11 March 2013

Kencing Kotor ketika hamil

Assalammualaikum .....

          Dah lama x update blog,rindu pulak rasa nak menaip panjang2 kat ruangan blogger ni hehehe

          Soo far life aku sekarang okey2 jer....xde laa yg EXTRAVAGANZA sangat kan....menjalani hari2 sebagai bakal mummy dan wife dan kuli batak dengan penuh keseronokon saban hari....

         Kandungan aku sekarang dah mencecah 28/29 week mean dah 7 month la so far....baby pun semakin aktif Alhamdulillah....tapi baby kerap sangat mengeras2 dalam perut....oleh kerana aku risau dan sakit jugak la rahim aku setiap kali baby mengeras,maka sewaktu check-up dengan doktor baru-baru ni aku memberanikan diri untuk meluahkan apa yang aku alami....rupanya aku disahkan mempunyai Kencing kotor....

         Tapi doktor tu macam xde perasaan je atas kerisauan aku dan cuma mengatakan itu semua perkara normal dan bagi aku ubat antibiotik dia yang besar2 tu untuk dihabiskan....

         Maka,aku pun buat la research sendiri dekat blog Dr Zubaidi mengenai kencing kotor...kadang2 lebih berguna blogger dari tanya orang sendiri tapi kena pandai cari maklumat yang tepat lagi tulus la kan...

Apa itu dan mengapa wanita hamil menghidapi kencing kotor ??

Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh).

Siapa yang mudah dijangkiti ??

Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki. 

Wanita hamil dan Kencing kotor

Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.

Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.

Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.

Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat.

Simptom Kencing Kotor
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.
Pencegahan Kencing Kotor
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.~DONE~
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria.~MEMANG SELALU BUAT MACAM NI~
  3. Menjaga kebersihan diri~MANDI XPERNAH LUPA HEHEHE~
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar~DONE~
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami~DONE~
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin~DONE~
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein~WILL TRY~
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin,dan zinc untuk membantu melawan kuman~DONE~
Aku berharap sangat baby ok dan selamat sehingga saat ia dilahirkan...mungkin benda ini tidak la begitu serius tapi risau tetap risau huhu......

Bagi kawan-kawan kat sana tidak kira la hamil atau tidak,perempuan mahupun lelaki...haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan diri supaya perkara-perkara macam ini tidak akan mengganggu hidup kita.....

Sekian,Wassalam

THNX sebab sudi baca hehehehehe




5 comments:

  1. umy......terbaikkk,dh blh jd doktor

    ReplyDelete
  2. Info yg menarik..thnx sbb sharing

    ReplyDelete
  3. Thank u! Entri ni sgtlah membantu!:)

    ReplyDelete
  4. salam.. saya pon preggy for 28/29weeks..last week wat monthly checkup..doc ckap urine kotor..Then, ari ni kene wat sexond urine test..still kotor..tapi musykilnyee..sympton2 tu xde plak..kencing ok je..x sakit pon..xde darah..nape eh??

    ReplyDelete
  5. tetibe rasa risau yg amat sgt...kndungan dh masuk 36 weeks,last checkup doc kata ade kencing kotor tp x byk..tp sakitnya yg amat sgt kat bwh abdomen...aduhai...jgn la ada kesan negatif pd baby...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...