Tuesday 18 December 2012

Emping Padi **Wink** **Wink**


Siapa tau dan pernah makan emping padi ?????

Bagi yang tau,Tahniah....
Bagi yang xtau nak kena nie......

Menurut Wikipedia Emping padi ialah :-

Sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada padi.

Padi pulut yang lewat ditanam, khas sebagai penutup musim menanam padi, biasanya lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih hijau dan sesuai untuk dijadikan sebagai emping.

Padi tersebut akan di tuai dan digemal dan dilerai. Padi yang lerai tersebut akan ditumbuk dengan menggunakan lesung kayu. Gula dan kelapa parut akan dicampurkan bagi menghasilkan emping dan renga sebagai satu resmi yang menjadi tradisi dikalangan pesawah.

Pesta mengemping padi kebiasaannya menjadi satu acara yang dinantikan kerana pada masa dahulu, pada ketika itu lah para pemuda kampung dapat mencari pasangan hidup atau gadis-gadis kampung bergaul di bawah pengawasan orang-orang tua. Kg Lonek, Jempol merupakan salah satu kampung di Negeri Sembilan yang masih mengekalkan acara mengemping padi sebagai acara tahunan sehingga sekarang.

Menurut aku pulak....dia mcm snak kudap2 yang susah sebenarnye nak dapat kat Kuala Lumpur nie....
Aku pernah makan sekali je kat kampung,tapi aku tak pasti kampung tu dekat belah mak ke belah abah....
Itu pun masa kecik2 dulu kala....

Sejak mengandung ni ade laa sekali tu aku mcm terasa-rasa je emping padi tu kat tekak....
Tapi xberani aku nak mintak kat suami aku....dia pun xpernah tau mende alah tue ape dia huhu....

Last Week aku pergi ke Baling,Kedah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Cousin aku....
Dalam banyak2 sedara aku ada,itu je yang duduk paling jauh pun....
Yang lain semuanya duduk KL kan....
So apa la salahnya aku pergi melawatkan....

Dekat sana,aku dah ternampak emping padi !!!!!
Bersepah2 ada jual dekat Pasar Baling tue....YUMMMMM

Terus aje aku amek 2 paket...sepaket dah la RM 2.00 aje ko.....
Murah gila bagi aku la kan....itu belum aku cerita pasal petai dia yang murah tu lagi....

Ok balik je KL aku terus buat....
Nasib baik Ibu Mertuaku tahu makanan ini kan....

Senang je buat dia,xperlu masak pun....

Bahan diperlukan :-
  • Emping padi (opcoz la kan)
  • Gula (elok kalau gula kabung)
  • Garam
  • Kelapa putih parut
Cara Penghidangan :-
  • Korang gaulkan aja semua bahan2 kat atas tu....
  • Sukati la nak gaul guna tangan ke sudu....
  • Sambil2 tu korang rasa la manis lemak masin dia cukup ke tak....
  • Selagi x cukup tambah sampai dapat rasa yang korang suka....

Dan hasilnya ......


3 mangkuk jugakla aku bedal kan....
Nampak je sikit nak habis punya la payah sebab macam aku je yang suka makan kat rumah mertua aku tu kannnn.....
Sampai bila pun xkan habis huhuhu

Kalau mende alah ni kat rumah mak aku....xsampai setengah jam je dah habis.....^___^






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...