Monday, 14 October 2013

Pengalaman Di Hospital Bersalin

Assalammualaikum....

Ater ape pasai udah 5 bulan bersalin baru nak khabor pengalaman sejak bergelar ibu ni??? hahaha bukan apa,sejak bergelar ibu ni,walaupun masih lagi belum bekerja....tapi rutin harian memang busy hokehh 

Ditambah lagi dengan mood yang ada kala tidak menentu kan...kadang2 tengah nak menaip time itu juga la anak menangis nak susu,baju x berlipat,perut lapar nak makan hahahha

Ini adalah pengalaman aku yg pertama...so semuanya serba baru dan kejutan bagi aku...

Masa Isyraf dilahirkan,semuanya ok...sabtu dia lahir,kalau diikutkan ahad memang da boleh balik....pagi tu bila doktor buat lawatan di hospital,aku memang ok je la bole balik,tapi Isyraf lak,doktor dapati nafas Isyraf agak laju....

Ini semua terjadi sebab Isyraf lama sangat dalam perut aku...sebab air ketuban da pecah lama kan...takut terkena jangkitan paru2..... 

Maka untuk mencegah dari perkara tak diingini,doktor menahan Isyraf untuk suntikan antibiotik...paling awal dia boleh balik sehari aje...tapi paling lama doktor xjanji...seminggu,sebulan,3 bulan....

Bayangkan la korang da excited bebenor nak balik dengan baby,tibe2 baby ditahan di NICU (New Born ICU),aku cuma menemani Isyraf sampai pukul 10 malam saja pada hari ahad tu,bukan x sayang anak,tapi badan aku terlalu letih untuk bermalam di situ pulak....

Hati aku bertambah hiba bila malam sebelum aku balik rumah hari tu,Isyraf terpaksa pulak dipakaikan oksigen kerana Isyraf didapati menghidapi radang paru2...malam tu jer dekat sebesen air mata aku keluar mengenangkan nasib Isyraf,.,,

Esoknya,aku nekad untuk menemani Isyraf sepanjang masa....aku rela untuk bermalam di hospital sebab da ade tenaga sikit kan...hati aku lega bila Aku datang,Isyraf xperlu lagi memakai oksigen tapi masih perlu diberi suntikan antibiotik...

Soo diorang pun bagila aku wad untuk duduk dengan Isyraf sepanjang kami berada disana....mula2 memang aku agak kekok...nak bedungkan budak tu pun aku xpandai weh...Isyraf pulak cepat lapar,setiap setengah jam menangis nak susu.....

Aku tanya nurse,bila boleh balik,nurse kata kalau hari ketiga selepas Isyraf diberi suntikan antibiotik,doktor akan cek tengok macamana,kalau kelihatan positif,boleh balik la...kalau x kena taham sampai hari kelima la....

Masa hari ketiga tu pulak,doktor datang cek,dia kata Isyraf masih perlukan suntikan antibiotik....bukan tu saja,Isyraf dijangkiti sakit kuning...mana taknye...masa di NICU ti,memang kebanyakannya sakit kuning....

Menangis lagi aku....perghh memang tekanan weh dengan badan penat,xpandai sangat pasal baby,dengan akak sebelah aku yg macam meroyan tiap kali anak nangis,dia marah anak dia kata nak campak anak dia....takut la aku kan....

Tapi untung la aku sebab suami aku datang hari2 kot....bagi semangat kat aku....

Masa Isyraf kena kuning,doktor kan bogelkan Isyraf,letak bawah lampu,sejuk r anak aku kan....tiap kali dia nangis aku peluk bg susu....esoknye doktor cek,dia kata kuning anak aku meningkat,dia marah ak sikit2 angkat anak dr kena cahaya biru tu bila nak elok?bila aku kata mngkin anak aku sejuk....dia pun pasangkan warmer....

Bile da pasang warmer....hah tido nyenyak la Isyraf kan....aku lak kena kejut dia bg susu....tapi kekurangannye pulak...badan anak panas la takut kena demam....so aku cuma pasang sampai Isyraf tido....then aku tutup warmer tu....

Dalam hati aku sangat berharap agar Isyraf sembuh cepat nanti boleh balik hari kelima tu...xsanggup aku duduk lama2 walaupun sangat selesa hospital tue kan....

Hari kelima tu(Jumaat) doktor cek Alhamdulillah kuning Isyraf turun dan jangkitan di paru2 pun da xde....kami boleh balik petang tu lepas suntikan antibiotik yg terakhir....

Aku disambut oleh mak aku,mak mertua dan adik aku...n suami yang sentiasa bagi dorongan kat aku....

Sepanjang aku berada di hospital dengan anak,walaupun aku masih baru dan tak pandai lansung bab penjagaan bayi ni,tapi Alhamdulillah,Allah memberikan aku kekuatan,dan benda ni automatik laa aku rasa,tiba2 semua benda aku boleh buat.

Layanan yang aku terima di Hospital Ampang sangat2 memuaskan....dan aku sangat kagum dengan nurse2 yang begitu tabah dan komited dalam kerjaya mereka...semuanya baik2 belaka.....sangkaan orang ramai mengenai servis hospital kerajaan yang tidak baik amatlah TIDAK BENAR sekali....

Sakit yang sama je bersalin ni....sepanjang 7 hari keseluruhan aku berada di sana,cuma la berjumlah RM 50.00 sahaja.Peace!!!!!



Tuesday, 25 June 2013

Tips mudah bersalin

Wahhh mentang2 da bersalin,terus nak bagi tips macam doktor kan....actually sebenarnye...aku tidak memerlukan masa yg lama untuk push baby ni....mungkin apa yang di bawah ni boleh membantu :-

  • Doa.Setiap kali lepas solat ke,sebelum tido ke,lepas makan ke,bangun tido ke,sentiasa la berdoa kepada Allah S.W.T. Supaya dipermudahkan proses kelahiran.....dan mendapat bayi yang cukup sifatnya....
  • Minum susu kambing.Dipercayai bagus untuk memudahkan kelahiran dan mengelakkan bayi dari terkena kuning.walaupun baby aku kena kuning jugak,tpi ada sebabnya,nanti aku cerita.
  • Excercise.Diingatkan,exercise jangan sampai memudaratkan kesihatan,nak jalan2 biarla di tempat berhawa dingin,jangan la berjalan tengah panas terik berjerebu bagai...penyakit lain pulak sampai nanti..aku memanjang laa pergi ke Wangsa Walk tgk movie...almost setiap minggu hahahaha...
  • Air selusuh.Terpulang pada masing2,ada yang percaya,ada yang tidak....tapi aku minum je laa...sebab setahu aku air selusuh ni diiringi dengan bacaan Quran..
  • Teran sendiri.Sekiranya anda da berada di wad,cuba2 la teran bahagian bawah tu ha....

Cerita tentang bersalin .....

Ok setelah sekian lama jari jemari ini tidak menaip...akhirnya hari ini terdetik jugalah untuk menjenguk blog yang sekian lama ditinggalkan ni ha....kesian....hahahaha

Kali terakhir aku menge-post perut ini masih berisi si comel yg menendang2 girang gembira,tapi sekarang perut comel tersebut dah kosong...kosong.....hahahaha

Sebelum aku melahirkan si comel,aku selalu search blog2 yg menceritakan pengalaman bersalin masing2,ada yang senang,ada yang susah...aku memang suka ambil tahu hal orang lain ahahhaha..bukan apa,sebagai iktibar dan panduan masa akan datang....

Jadi hari ni tergerak la isi hati nak menceritakan pengalaman aku pulak kan...mana laa tau boleh membantu...(membantu ke?) hahahhaha.....

Due date aku sebenarnya ialah pada 31 Mei 2013...tapi 10 Mei 2013 aku memang da rasa sakit2 pinggang yang semacam,tapi idok ler aku herankan...sebab lama lagi kot....kan....maka bergaya laa aku masak bagai hari tu...ingat lagi kempunan nak makan sup ikan merah masa tu,nasib baik husband tunaikan impian isteri gedik dia nak ikan merah....

Malam tu tido aku mimpi....aku mimpi aku punya bahagian bawah dah keluar lendir dan berdarah nak bersalin....terbangun laa aku kan....tengok2 memang dah pecah air ketuban aku....bingkas laa aku bangun kejut husband aku...ngam2 waktu subuh masa tu.....

Kitorang pun bertolak la ke Hospital Ampang...doktor cek baru bukak 1cm....tp still kena tahan sebab da pecah air ketuban,lantak laa janji baby aku selamat kan..doktor kata kalau 16 jam aku still x bersalin dia akan masukkan antibiotik,kalau 24jam kemudian tak beranak2 jugak,dia akan masukkan induce untuk memberi gesaan aku bersalin....

Masalahnya memang lansung xrasa sakit nak bersalin!!!16 jam kemudian doktor cucukla antibiotik fungsi dia untuk melindungi baby dalam perut ni....tp sejak pukul 11 malam....every 10 minit perut aku da sakit....hingga laa keesokan harinya....doktor cek yes memang da bukak 4cm....aku xperlu masuk induce,boleh pergi ke labour room terus....

Di labour room,ditemani husband....sejak 8 pagi aku dekat situ....bagus jugak la sebab dipasang ayat2 suci al Quran....setiap 5 minit sakit....Allah Taala je yang tahu macamane perasaan tu.....huk huk...xpayah la cerita kan sakit tu bukan rasa pun kalau aku taip sini....

Akhirnya pada pukul 1.21 tengahari,lahirla si comel yang menemani aku ke hulu ke hilir selama ini....lepas keluar je si kenit ni,terus nurse letak kat dada aku....menangis2 tpi bila husband mengalunkan azan,baby ni diam je seolah2 menghayati....

Oh lupa lak,aku dapat seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Isyraf Hakimi bin Afiq Ammar hehehe




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...