Tuesday, 3 July 2012

Syafaat Bulan Ramadhan

Jom kita REVIEW antara syafaat mahupun kelebihan Bulan Ramadhan , semoga ia dapat meningkatkan lagi semangat kita untuk mengerjakan Ibadah Berpuasa : : :

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a,Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : : :
"Ketika datang bulan Ramadhan,sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa,dalam bulan ini pintu Jannah dibuka,pintu Neraka ditutup,syaitan-syaitan dibelenggu.Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan,maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik didalamnya.sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini."
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: : :
“Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: : :
“Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.
(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: : :
“Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: : :
“Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: : :
“Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.
(Hadis Riwayat Ahmad)

  1. Bulan yang penuh Barakah
  2. Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
  3. Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
  4. Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
  5. Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
  6. Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
  7. Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
  8. Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
P/S : Jom beramai-ramai menghayati Bulan Ramadhan yang bakal mendatang ~________~

Ketibaan Ramadhan ^___^

Semasa post ni ditulis...ada lebih kurang 2 minggu jer lagi sebelum Ramadhan untuk tahun nie....moga-moga diberi kesempatan untuk melakukan ibadah yang termasuk di dalam Rukun Islam pada tahun ini....

Untuk tahun ni....aku tak pasti bagaimana kehidupan aku untuk berpuasa buat pertama kalinya bersama sang Suami apatah lagi aku duduk bersama Mertua pulak kan....huhu....Nebess lak bila pikir2 balik....:'(

FYI...aku ni sebelum kawen mane pernah aku bangun pagi2 buta untuk tolong mak aku masak ke hape...yg aku tau mak aku akan selalu kejutkan aku untuk makan sahur yg da sedia terhidang....n mak aku forsure akan masak best2 bila masuk waktu berbuka...bagi aku,walau sesimple mana sekalipun mak aku masak,itu adalah makanan yang TERBAIK bagi aku...sebab aku membesar dengan makanan dari air tangan mak aku...:(....n yup...aku jarang tolong dia memasak tugas aku masa bulan pose ialah basuh pinggan jer kan....:))

Since dah kawen nie...aku mencongak2 sendiri dalam hati aku...mesti aku kena bangun pagi2 untuk tolong MIL aku masak ke hape ke kan....Ohhh Tuhan...Sila la tabahkan hati untuk semua yang bakal mendatang....
Aku cuma berazam untuk sedaya upaya memenuhkan solat terawih aku untuk tahun ni memandangkan MASJID DEPAN RUMAH jer kott.....

Walaupun rumah MIL n MAK aku dekat jer tapi tetap terasa jauh bagi aku.....xdapat nak bayangkan puasa bersama keluarga lain...maksud aku memang laa mereka itu keluarga aku jugak tp not my really own family.....

Namun begitu...aku sebenarnya sangat BERSEMANGAT untuk mengerjakan sebanyak mungkin pahala bersama sang Suami....moga2 Ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan kepada kami suami isteri dan seluruh ummat ISLAM ^___^

MARHABAN YA RAMADHAN



Rumah Idaman

Ok,since aku duduk di rumah MIL aku...soo bilik ku ialah rumahku....Walaupun ia cuma sebuah bilik yang biasa2 jer...aku berangan-angan untuk menjadikannya teratak impian...hahaha..berangan jer lebih...nak rancang kewangan sendiri pon payah kan.....<____>

Tp what so ever pun...aku memang sukakan rumah sendiri...apa lagi kalau rumah tu tak terlalu besar...bila rumah xterlalu besar,maknanye dah tentu ruang untuk mengemas pun sikit....Insyaallah kalau ade rezeki lebih kami suami isteri,aku memang SANGAT SANGAT mengimpikan untuk duduk di rumah sendiri...letihlaa masa bujang menumpang rumah mak abah,dah kawen menumpang rumah Ibu Mertuaku pulak....Belasah jer laa.....

Rumah yang aku impikan ialah sebuah rumah apartment 3 bilik...Just Nice...yang penting HARUS laa ada Security Guard kan kat kawasan Apartment tu.....xpayah laa ade swimming pool bagai...bukan aku suka sangat lagi2 kat kawasan GOMBAK ni penuh Negro2 kan yang semedang nak duduk Apartment O Kondo....IDOK LER TEMAN.....

Harus laa rumah aku nanti nak dihias chumel2 mcm gegambar kat bawah ni yang aku rembat dari orang lain...(HOME DECORATING FB)
Ruang makan yang simple jer untuk 4 orang ^__^

Aku suka bilik air yg ada shower...very refreshing....

Ruang santai + Ruang tamu + Ruang berdiskusi

Xsuka dapur besar.Aku bukan nak masak untuk kenduri everyday

Bilik harus ada sorang satu almari ^__^


Bilik anak pompuan

Bilik anak teruna

Kalau ada balkoni kat rumah apartment...itu 1 bonus....^__^

Dalam bab rumah..aku memang suka rumah apartment seriously...memang itu impian aku....sebab zaman kanak2 aku adalah bermula daripada rumah FLAT 5 tingkat mak aku yg dekat Keramat tue....tp aku up sikit laa...Flat tu ade 2 bilik jer n xde Security Guard...kalau x da lama aku nak sewa dengan mak aku jer kan....

Tp untuk pindah sewenang-wenangnya memang laa payah buat masa sekarang nie...terlalu banyak benda yang nak difikirkan....harus laa ade kewangan yang sgt2 kukuh untuk memiliki rumah sendiri....tapi kalau nak sewa aku on jer tp memang rugi la byr mahal2 tapi bukan hak milik kita kan...

Semoga apa yang diimpikan bakal jadi kenyataan...AMEEN>>>>






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...