Monday 11 March 2013

Family Day Mertua ~~,

9 March 2013 telah berlansung la Hari Keluarga Haji Md Jani & Maheran iaitu keluarga besar ibu mertuaku yang dibuat dia Kelab Sri Damansara....

Aku agak excited jugak la sebab family besar mak atau abah aku belum lagi buat aktiviti macam ni....hehehhe

Selain dari makan2 yang best seperti bbq,dah potluck2 yang dibawa oleh makcik2 semuanya,ade jugak karoke dan game2 kanak2 riang yang turut disertai mereka yang dewasa hehehe....

So layan kan aje la gambar.....Yang aku amek gambar keluarga mertua aku je laa....tapi sebenarnye ramai bebenor yang datang....100 orang kot....

Ini adik beradik + ipar duai ibu mertuaku.....

Keluarga Belah Suami
Yang lahir bulan Februari...My sis in law ade kat situ hehe
Yang lahir Julai ade my MIL,BIL,Sis Biras dengan Anak Buah

Lucky August Of course ade Iolss dengan anak buah lelaki i hehe
October ! My Hubby n My FIL
November....Biras lelaki Disitu

FIL tgh layan cucu mandi manda

SIL dgn Hubbynya melayan perasaan sementara menunggu anak mandi 
posing

Adik anis dengan BIL...mana mama nye?

Adik Fizi yang comelllllll
Posing2


 Tidak la kuasa aku nak mengedit-editnye....hehehehe.....

Apa-apa pun majlis ni tetap enjoy dan boleh la buat lagi di masa mendatang ^__^






Luahan Hati ~~,

31 Mei 2013 InshaAllah itu la due date aku dan seperti biasa seperti ibu-ibu hamil lain yang bekerja makan gaji macam aku akan memikirkan mengenai cuti bersalin mereka....

Tak terkecuali dengan aku .

Tapi mungkin , nasib aku tidak sebaik ibu2 lain yang dapat cuti bersalin sehingga 2-3 bulan dan gaji jalan seperti biasa...lagi2 ibu yang bekerja di sektor kerajaan,haii~~~untungnya badan hehehehe

Tapi aku tak .

Aku bekerja di company swasta biasa yang cuma aku sajalah pekerja yang ada di dalam bahagian admin/account/human resources/office sebab selebihnya bekerja di site - company construction la katakan huhuhu

Jadi oleh disebabkan status aku yang all rounder di pejabat yang tidak la semewah mana ni,maka jujur aku katakan aku sangat sukar untuk mengambil cuti,SANGAT-SANGAT SUSAH.

Masa aku kahwin tempoh hari pun,boss susah hati masa aku mintak cuti seminggu...menggigil tangan beliau nak tandatangan borang cuti aku hahahaha

Jadi kali ini,aku nak mengambil cuti bersalin.

Belum sempat aku tanyakan mengenai cuti tersebut,dia dah bagi tawaran sempena aku cuti bersalin.

Ok bagus aku nak dengar.

Cuti           - 1 bulan
Gaji           - Xde

Syarat lain -
Awak dikehendaki mempunyai LESEN KERETA sebaik sahaja awak naik kerja  sebulan  kemudian dan saya mahu awak MEMBAWA KERETA ke pejabat sebab awak  mungkin akan ditugaskan menjaga SITE. Tapi andaikata awak tak boleh nak bawak lesen kereta,awak bagitahu saya awal-awal saya boleh cari pekerja lain.

Alasan       -
Kerana kalau awak cuma duduk saja di office dan tidak berbuat apa-apa,rugi saja 
saya bayar gaji awak,dan awak pun tidak akan berkembang.

Ok aku termenung sekejap sambil memikirkan nasib aku yang sedemikian rupa.

Setelah berbincang dengan suami , aku membuat keputusan untuk meletak jawatan dari company sekarang ni,tapi bukan sekarang,semasa dalam pantang.

Aku dah kerja sini 2 tahun lebih.Dan aku tak sangka,ini yang aku dapat.

Berikut alasan aku pula untuk tidak lagi meneruskan khidmat :-

Ok,cuti sebulan =30 Hari
Tempoh berpantang = 44 Hari
Kalau ditakdirkan aku kena operation ?????

1 Bulan cuti = xde gaji 
Aku bukan la demand pasal gaji , tapi kalau dia bayar gaji separuh pun aku da bersyukur.

Berkenaan kereta,lesen kereta dan menjaga site selepas bercuti.

1 bulan cuti = 30 hari
Tempoh berpantang = 44 hari
Tempoh nak mengambil lesen kereta = paling cepat mungkin 14 hari
Tempoh untuk aku mahir ke hulu ke hilir selepas dapat lesen kereta = mungkin berbulan

Jadi,cukup ke tempoh 30 HARI yang dia bagi tu ?????

Dan berkenaan kerja di site pula = Company ni da ade 2 supervisor khas untuk menjaga site....ape kejadahnya aku pergi site yang kesemuanya lelaki ????? bancuh simen ?????

Tugas aku di pejabat yang mungkin boss tak perasan :


  1. Cleaner.- Dia xperasan agaknya office ni sentiasa bersih dan wangi.
  2. Setiausaha. - Yang settlekan meeting2 dia,buat appoinment sana sini.
  3. HR. - Yang uruskan gaji,interview manusia2 yang nak jadi wiringman la...pekerja site la....
  4. Admin. - Yang buat surat quotation,buat surat itu,surat ini.
  5. Collector. - Yang akan call client2 yang xhabis bayar duit renovation rumah.Komisen xdapat pun.
  6. Akauntan.- Yang akan buat penyata setiap bulan,yang buat invoice,yang keluarkan cek,yang sediakan  laporan kira-kira untuk setiap client
  7. IT.Marketing. - Yang buat pengiklanan di internet.Yang edit mcm2 perkara untuk office.
  8. membetulkan segala kerosakan lampu bagai.
  9. Despatch - Yang kehulu ke hilir pergi bank sana,bank sini,pejabat pos untuk mensettlekan bil2 office,kereta2 malahan bil2 rumah boss sekali.TANPA UPAH TAMBANG.


Aku.Aku bukan kaki bodek.Aku bukan kaki ampu.

Apa yang aku rasa tak suka.Aku bagitahu.Apa yang aku benci.Aku tinggalkan.

Jadi aku akan bergelar suri rumah sebaik sahaja aku melahirkan nanti.

Tapi mungkin tak lama....cukuplah sekadar aku dapat berbucuk2 dengan baby sehingga selepas raya.

Tapi kalau aku suka,aku akan berhenti selamanya hehehe.

Jaga anak.Jaga makan pakai minum suami.Lagi berpahala.Lagi berkat.Mudah-mudahan.

Mungkin ada rezeki lain untuk kami sekeluarga,doa-doakan.

Kesemuanya mungkin....
Mungkinkah???

Kencing Kotor ketika hamil

Assalammualaikum .....

          Dah lama x update blog,rindu pulak rasa nak menaip panjang2 kat ruangan blogger ni hehehe

          Soo far life aku sekarang okey2 jer....xde laa yg EXTRAVAGANZA sangat kan....menjalani hari2 sebagai bakal mummy dan wife dan kuli batak dengan penuh keseronokon saban hari....

         Kandungan aku sekarang dah mencecah 28/29 week mean dah 7 month la so far....baby pun semakin aktif Alhamdulillah....tapi baby kerap sangat mengeras2 dalam perut....oleh kerana aku risau dan sakit jugak la rahim aku setiap kali baby mengeras,maka sewaktu check-up dengan doktor baru-baru ni aku memberanikan diri untuk meluahkan apa yang aku alami....rupanya aku disahkan mempunyai Kencing kotor....

         Tapi doktor tu macam xde perasaan je atas kerisauan aku dan cuma mengatakan itu semua perkara normal dan bagi aku ubat antibiotik dia yang besar2 tu untuk dihabiskan....

         Maka,aku pun buat la research sendiri dekat blog Dr Zubaidi mengenai kencing kotor...kadang2 lebih berguna blogger dari tanya orang sendiri tapi kena pandai cari maklumat yang tepat lagi tulus la kan...

Apa itu dan mengapa wanita hamil menghidapi kencing kotor ??

Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh).

Siapa yang mudah dijangkiti ??

Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki. 

Wanita hamil dan Kencing kotor

Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.

Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.

Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.

Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat.

Simptom Kencing Kotor
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.
Pencegahan Kencing Kotor
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.~DONE~
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria.~MEMANG SELALU BUAT MACAM NI~
  3. Menjaga kebersihan diri~MANDI XPERNAH LUPA HEHEHE~
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar~DONE~
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami~DONE~
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin~DONE~
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein~WILL TRY~
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin,dan zinc untuk membantu melawan kuman~DONE~
Aku berharap sangat baby ok dan selamat sehingga saat ia dilahirkan...mungkin benda ini tidak la begitu serius tapi risau tetap risau huhu......

Bagi kawan-kawan kat sana tidak kira la hamil atau tidak,perempuan mahupun lelaki...haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan diri supaya perkara-perkara macam ini tidak akan mengganggu hidup kita.....

Sekian,Wassalam

THNX sebab sudi baca hehehehehe




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...